Ranking FIFA: Malaysia Hampiri Negara Eropah, Kini Ke-137 Dunia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Perkembangan terbaru mengenai kedudukan terkini Malaysia dalam ranking FIFA akhirnya terjawab apabila skuad negara kini menghuni tangga ke-137 dunia.

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi aksi persahabatan yang cukup baik pada bulan Oktober apabila muncul naib juara Pestabola Merdeka 2023.

Harimau Malaya berjaya mengatasi cabaran pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 namun dikecewakan oleh Tajikistan di pentas final.

Advertisements

Malaysia tewas dengan keputusan 2-0 sekaligus menjadikan mata tambahan yang dipungut adalah sebanyak +1.82 mata.

Pungutan ini menjadikan mata keseluruhan skuad negara kepada 1096.72 mata dan berjaya memintas kedudukan pesaing Asia Tenggara, Filipina yang berada di tangga 138 dunia (1095.94 mata).

Kedudukan ini menjadikan Malaysia berjaya menghampiri pasukan Kuwait (136 dunia) dengan 1097.05 mata dan juga Lithuania (134 dunia) dengan hanya 1098.47 mata.

Advertisements

Skuad negara berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA apabila mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan November ini.

Malaysia diundi bersama Kyrgyzstan, Oman dan juga Taiwan dalam misi menyalakan harapan ke Piala Dunia.

Aksi pertama menyaksikan Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan yang kini berada di tangga ke-97 dunia dan memiliki harapan untuk meraih tambahan +15.49 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram