Advertisement
Ranking FIFA: Malaysia Raih Mata Maksimum, Pecah Rekod 19 Tahun Jika Tewaskan Jordan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk melonjak 6 tangga sekiranya berjaya mengutip tiga mata berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada aksi pembukaan Piala Asia.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon tiba awal di Qatar untuk melakukan persiapan rapi termasuklah ketika mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan keputusan 2-2.

Harimau Malaya berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA sekiranya berjaya melakar kejutan berdepan Jordan bagi aksi pembukaan Kumpulan E.

Malaysia berpotensi untuk melonjak 6 tangga sekiranya dapat mengekalkan konsistensi ini untuk menembusi kelompok 120 terbaik dunia setelah kali terakhir melakukannya kira-kira 19 tahun yang lalu.

Berdasarkan kiraan mata yang dikeluarkan oleh AFC, Harimau Malaya berpeluang meraih tambahan setinggi +22.31 mata berdepan anak buah Hussein Ammouta di Stadium Al-Janoub.

Kedudukan ini sekaligus membolehkan Malaysia untuk memintas beberapa negara Afrika seperti Zimbabwe (125 dunia), Cyprus (126 dunia) dan Sudan (128 dunia).

Peningkatan ini juga membolehkan skuad negara merapatkan jurang dengan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (ke-113 dunia) dan Vietnam (ke-94 dunia).

Menang: +22.35 mata (124 Dunia)
Seri: +4.85 mata (128 Dunia)
Kalah: -12.65 mata (133 Dunia)