Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk melonjak ke kelompok 120 terbaik dunia sekiranya mencatatkan keputusan positif berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan.
Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa cabaran hebat ke pentas berprestij tersebut setelah kali terakhir melakukannya secara merit 43 tahun yang lalu.
Harimau Malaya juga melalui musim yang cukup cemerlang tahun 2023 apabila berjaya menampilkan persembahan konsisten termasuklah ketika membenam Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Langkah ini boleh diteruskan sekiranya skuad kebangsaan berjaya mengekalkan konsistensi ini untuk menembusi kelompok 120 terbaik dunia setelah kali terakhir melakukannya kira-kira 19 tahun yang lalu.
Berdasarkan kiraan mata yang dikeluarkan oleh AFC, Harimau Malaya berpeluang meraih tambahan setinggi +22.31 mata berdepan anak buah Hussein Ammouta iaitu Jordan.
Aksi pertama peringkat kumpulan itu juga membolehkan Malaysia untuk melonjak 6 tangga daripada kedudukan semasa untuk berada di tangga 124 dunia dengan 1145 mata.
Kedudukan ini bakal membantu Malaysia untuk mintas beberapa negara Afrika seperti Zimbabwe (125 dunia), Cyprus (126 dunia) dan Sudan (128 dunia).
Peningkatan ini bakal membantu skuad kebangsaan untuk merapatkan jurang dengan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (ke-113 dunia) dan Vietnam (ke-94 dunia).