Ranking FIFA: Tambahan Mata Besar Menanti Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Ranking FIFA: Tambahan mata penting buat Harimau Malaya sekiranya berjaya menewaskan New Zealand.

Skuad kendalian Pau Marti kini memasuki seminggu menjalani persiapan di Auckland bagi aksi persahabatan Tier 1, Oktober ini.

Malaysia meraih keputusan seri 1-1 menentang Auckland FC sebagai persediaan dan gambaran awal berdepan All-Whites.

Pasukan kebangsaan kini menghuni tangga ke-132 setelah naik dua tangga hasil dua kemenangan berdepan Filipina dan juga Lubnan pada bulan September lalu.

Berdasarkan pengiraaan mata FIFA, Malaysia berpeluang untuk meraih tambahan +6.28 mata sekiranya menewaskan New Zealand untuk meraih mata keseluruhan menjadi 1123.92 mata.

Kemenangan bakal membolehkan skuad kebangsaan melonjak dua tangga untuk berada pada kedudukan 130 dunia di belakang jiran tetangga, Indonesia (129 dunia).

Harimau Malaya bagaimanapun akan kehilangan -3.72 mata (ke-133 dunia) sekiranya tewas dan meraih tambahan +1.28 mata (ke-131 dunia) sekiranya berjaya mengikat anak didik Darren Bazeley.

Malaysia kini merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (100), Vietnam (116) dan Indonesia (129).

Aksi antara New Zealand dan Malaysia bakal berlangsung pada 14 Oktober jam 2 petang di Stadium North Harbour, Auckland.