Advertising
Ranking JDT Kekal, Buriram United Menjunam
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ranking Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di Asia kekal sementara Buriram United terus menjunam.

Saingan AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan JDT dan Buriram United terikat 0-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada aksi ke-6 peringkat kumpulan.

Ad

Skuad Harimau Selatan kini berada pada kedudukan keenam peringkat kumpulan dengan 8 mata selain perlu menang baki dua perlawanan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Ad

Berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst, JDT kekal di tangga ke-10 di Asia dengan 79.9 mata selain berada pada kedudukan ke-255 dunia ketika ini.

Buriram United pula yang menguni tangga ke-35 Asia telah jatuh ke kedudukan 44 berdasarkan kemas kini semasa dengan 76.0 mata (529 di dunia).

Ad

JDT kini berada pada landasan terbaik selepas mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia dan bakal berdepan Terengganu.

Ad

Ujian di Asia masih berbaki dua perlawanan menentang Central Coast dan Pohang Steelers masing-masing pada 11 dan 18 Februari 2024.

Ad

Buriram United kendalian Osmar Loss pula bakal menentang Ulsan HD (12 Feb) dan juga Gwangju pada 18 Februari.