Advertising
Bergson Tunjuk Kemampuan Sebenar JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva percaya keupayaan sebenar pasukan itu terserlah dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia.

JDT meraih tiket ke separuh akhir selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas KL City FC pada 21 Disember lalu. Ini memastikan Harimau Selatan mara dengan keputusan agregat 6-1.

Ad

Meskipun The City Boys cuba menyekat jentera serangan JDT daripada menjaringkan gol, hasrat juara Piala Malaysia 2021 itu tidak kesampaian.

Ad

Bergson, Arif Aiman Hanapi dan Juan Muniz memastikan Harimau Selatan mara bergaya ke peringkat separuh akhir.

Atas sebab itu, penyerang Brazil itu percaya kemampuan pasukan itu terserlah setaraf dengan kedudukannya sebagai antara pasukan gergasi tanah air.

Ad

“Separuh akhir, kita datang lagi! Hari ini, kita tunjukkan kemampuan sebenar JDT. Itulah caranya dan semoga ia dapat diteruskan. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya selepas perlawanan semalam.

Ad

JDT bakal berdepan pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu FC di peringkat separuh akhir. Aksi ini ibarat ulangan final Piala Malaysia 2023 yang menemukan kedua-dua pasukan.

Ad

Harimau Selatan dan Peteh bakal berentap dalam aksi separuh akhir pertama pada 17 Januari 2025. Ini disusuli aksi separuh akhir kedua pada 1 Februari 2025.