Advertisement
Ranking JDT Melonjak Naik, Kini Kelab Ke-16 Terbaik Di Asia
Asia
MakanBola

Pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membanggakan bola sepak Malaysia apabila terus melonjak sebagai kelab ke-16 terbaik di Asia.

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (AFC) ini terus membuktikan kaliber dan kecemerlangan di pentas bola sepak Asia dengan mengukuhkan kedudukan di rantau ini sekali lagi.

Berdasarkan data yang dikemas kini oleh laman Opta Analyst, Harimau Selatan kini naik ke tangga 364 dunia berbanding ke-415 dunia seperti kemas kini beberapa minggu lalu.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 74.3 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik 209 tangga dari tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.

Ketika ini, Harimau Selatan terus mengukuhkan kedudukan apabila naik ke tangga 16 di Asia berbanding kedudukan ke-20 tempoh hari.

Juara 9 kali Liga Super ini juga merampas tempat pasukan gergasi Thailand, Buriram United selaku kelab nombor 1 di ASEAN.

Kemas kini terbaru ini juga menyaksikan JDT menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang tersenarai dalam kelompok kelab 400 terbaik di dunia setakat in.

Kedudukan ini menyaksikan JDT berada lebih baik berbanding kelab-kelab ternama di Asia seperti Kashima Antlers (ke-391 dunia), Vissel Kobe (ke-402 dunia)dan memintas kedudukan kelab gergasi Asia, Urawa Reds yang menghuni tangga ke-21 Asia dan 431 dunia.

Untitled design 8 Ranking JDT Melonjak Naik, Kini Kelab Ke-16 Terbaik Di Asia

JDT juga unggul selaku kelab terbaik di Malaysia apabila jauh meninggalkan pasukan di tangga kedua, Selangor FC yang menjadi kelab ke-1862 dunia.

Untitled design 9 Ranking JDT Melonjak Naik, Kini Kelab Ke-16 Terbaik Di Asia

Perkembangan ini memberi kelebihan buat pasukan miliki DYAM TMJ untuk bersaing di pentas bola sepak Asia apabila kini dalam landasan terbaik untuk mencatat rekod dunia terbaik sepanjang zaman.