Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencatatkan kemajuan yang amat luar biasa apabila menjadi kelab no.1 di ASEAN ketika ini.

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (AFC) ini terus membuktikan kaliber dan kecemerlangan di pentas bola sepak Asia apabila mengukuhkan prestasi konsisten pada musim ini.

Berdasarkan data yang dikemas kini oleh laman Opta Analyst, Harimau Selatan kini berada di tangga ke-415 dunia, naik 32 anak tangga berbanding ranking yang dimuat naik beberapa bulan lalu.

Advertisements

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 73.7 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik 158 tangga dari tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.

Ketika ini, JDT berada pada kedudukan ke-20 di Asia dan juga merampas tempat pasukan gergasi Thailand, Buriram United selaku kelab nombor 1 di ASEAN.

Buriram United mengalami kejatuhan ranking yang amat besar apabila berada di tangga ke-603 dunia, jatuh 185 anak tangga berbanding kedudukan lepas di tangga ke-418 dunia.

Advertisements

Bururam kini mengumpul dengan 71.9 mata dan menjadi kelab no.2 di ASEAN.

179FD6AB E60E 4788 AD7E 9D7EBA40165E Ranking JDT Naik Lagi, Kini Kelab No.1 Di ASEAN

Kemas kini terbaru ini juga menyaksikan JDT menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang tersenarai dalam kelompok kelab 400 terbaik di dunia setakat ini.

Kedudukan ini menyaksikan JDT berada lebih baik berbanding kelab-kelab ternama di Asia seperti Vissel Kobe (ke-432), Melbourne City (ke-438) dan menghampiri kedudukan kelab gergasi Asia, Urawa Reds yang menghuni tangga ke-412 dunia.

Advertisements

Perkembangan ini sudah pasti menjadi detik penting buat JDT dan juga Malaysia dalam memastikan lebih banyak kelab ampu bersaing secara kompetitif di pentas Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram