Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan satu pencapaian yang membanggakan apabila kini menjadi kelab ke-14 terbaik di Asia.

Kemas kini terbaru yang dilakukan oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir yang dilakukan.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 75.1 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik ke tangga 14 di Asia berbanding ke-17 tempoh hari.

Advertisements

Kemajuan memberangsangkan ini juga menyaksikan JDT naik 17 anak tangga bagi kedudukan ranking kelab di dunia dan berada pada tangga ke-324 ketika ini.

Kedudukan ini membolehkan JDT mengukuhkan reputasi selaku kelab nombor satu di Asia Tenggara dan Malaysia dengan pesaing terdekat adalah kelab Thailand, Buriram United yang menghuni tangga ke-49 di Asia (625 di dunia).

Kemas kini ini juga membolehkan pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menghampiri tangga beberapa pasukan gergasi Asia lain seperti Jeonbuk Motors (13), Kawasaki Frontale (11) dan juga Al-Ittihad (8) di Asia.

Advertisements
134D3EBE BB2F 4579 BB17 50C31504CFED Ranking JDT Naik Mendadak, Kini Kelab Ke-14 Terbaik Asia

Kelab nombor satu di Asia kekal menjadi milik Al-Hilal dengan 85.8 mata disusuli oleh Al-Nassr (82.2 mata) dan juga Ulsan Hyundai di tangga ketiga dengan 79.3 mata.

JDT bakal menjadi wakil tunggal Malaysia untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi musim 2024/25 yang dijadualkan bermula pada bulan September 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram