Advertising
Ranking Ng Tze Yong Jatuh Mendadak
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Kedudukan ranking jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong ketika ini dilihat terkeluar dari senarai 200 pemain terbaik dunia.

Saingan Jelajah Dunia bagi musim 2024 telah melabuhkan tirainya dengan kota Hangzhou di China menjadi destinasi terakhir para jaguh badminton semua menutup aksi tahun ini.

Ad

Walau bagaimanapun, musim 2024 ini pastinya tidak mahu dikenang oleh pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang hanya turun beraksi di gelanggang sebanyak 3 kali sahaja.

Ad

Hal ini kerana masalah kecederaan yang dialami ketika aksi Petronas Malaysia Open pada Januari 2024 telah memberi impak besar kepada perjalanan karier Tze Yong sepanjang musim ini.

Tze Yong kembali memperkuat pasukan negara di kejohanan Badminton Asia Team Championship (BATC) pada Februari namun kecederaan berulang menyebabkan beliau terpaksa berehat lagi.

Ad

Oleh disebabkan itu, kedudukan ranking Tze Yong ketika ini dikesan jatuh mendadak akibat kecederaan yang memaksa atlet berusia 24 tahun itu berehat dari menyertai sebarang kejohanan.

Ad

Menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan kedudukan Tze Yong kini berada di tangga ke-201, jatuh 5 anak tangga berbanding sebelum ini.

Ad

Walaupun begitu, ranking ke-18 milik Tze Yong sebelum ini masih dilindungi oleh Protection Ranking dan perlu kembali beraksi di awal tahun 2025 untuk kekal layak ke kejohanan tertinggi BWF.