Ranking finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC melonjak tinggi di Asia.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala FA 2024 namun terpaksa akur kepada Selangor FC.
Kemajuan skuad Peteh di Asia terus terserlah apabila terus mencatatkan perkembangan positif berdasarkan. kemas kini ranking di Asia.
Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan Terengganu kini menghuni tangga ke-171 dunia sekaligus menunjukkan unjuran positif berbanding awal tahun ini.
Kedudukan skuad Peteh juga meningkat 30 anak tangga dan naik pada tangga ke-1607 dunia ketika ini.
Terengganu telah meninggalkan jauh kedudukan beberapa kelab ternama di Asia Tenggara seperti Persib Bandung (179), Mumbai City (180) dan Lion Ciry Sailors (190).
Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal kelab terhebat di rantau Asean apabila menghuni tangga ke-10 di Asia dan kelab pertama di Malaysia diikuti oleh Selangor FC di tangga ke-132 (ke-2 Malaysia).
Terengganu dan KL City bakal menjadi wakil negara bagi aksi Shopee Cup 2024 yang bakal bermula pada Ogos ini.