Ranking FIFA pasukan kebangsaan Thailand terus mencatatkan penurunan sementara Malaysia berusaha memperbaiki kedudukqan.
Jaguh Asia Tenggara itu menutup kempen 2025 Kumpulan D, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan kemenangan 4-0 ke atas Sri Lanka.
Hasrat pasukan kendalian Anthony Hudson untuk ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi kian cerah dengan terikat mata (12) bersama pasukan Asia Tengah, Turkmenistan.
Sementara itu, Malaysia terus gah di tangga teratas Kumpulan F hasil kemenangan bersih 100 peratus pada peringkat kumpulan – mengumpula 15 mata setakat ini.
Persembahan kedua-dua pasukan memberi kesan kepada kedudukan ranking FIFA semasa dengan Thailand kini di tangga ke-96 dunia dengan 1243 mata, turun satu tangga berbanding kemas kini terdahulu.
Sementara itu, Harimau Malaya tidak bernasib baik apabila ditolak mata oleh FIFA berhubung tiga perlawanan persahabatan atas sebab penurunan pemain yang tidak berkelayakan.
Malaysia kini berada pada kedudukan ke-121 dunia dengan 1145.89 mata, turun lima tangga berbanding kemas kini terdahulu.
Harimau Malaya bagaimanapun kekal menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand dan Vietnam sementara Indonesia pada kedudukan keempat terbaik (122 dunia) dengan 1144.73 mata.
Thailand bakal bertemu Turkmenistan bagu aksi terakhir kumpulan sementara Vietnam menanti Malaysia dalam misi ke Piala Asia 2027.