Ranking Vietnam Jatuh Mengejut
MakanBola
Malaysia NT

Ranking pasukan kebangsaan Vietnam mengalami kejatuhan mengejut berdasarkan kedudukan semasa.

Bintang Pahlawan Emas cemerlang menduduki tangga kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan 12 mata – 3 mata terpisah dengan pendahulu, Malaysia.

Kemas kini oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan kedudukan Vietnam kekal selaku pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara.

Pasukan kendalian Kim Sang-sik kini berada pada kedudukan ke-108 dunia, turun satu tangga berbanding ranking FIFA terdahulu iaitu pada tangga 107 dunia.

Kedudukan ini menyaksikan Malaysia hanya terpisah 14 tangga dengan Bintang Pahlawan Emas selepas menduduki tangga ke-121 dunia dengan 1145.89 mata.

Thailand bagaimanapun kekal selaku pasukan terbaik di Asia Tenggara di tangga ke-96 dunia dengan 1243.47 mata disusuli Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

Skuad kebangsaan Harimau Malaya pula mencatatkan peningkatan 11 ranking daripada kemas kini pada Januari 2025 sekali gus mencatatkan lonjakan ketara sejak berada di bawah kendalian Peter Cklamovski.

Malaysia bagaimanapun bakal bertemu Vietnam bagi aksi terakhir Kumpulan F pada 31 Mac 2026 yang dijangka berlangsung di Stadium Thien Truong.