Advertisement

Follow us:

Ratchaburi Beri Bayangan Safawi Rasid Sebenarnya Hampir Sembuh ?

Safawi Thai 3 Ratchaburi Beri Bayangan Safawi Rasid Sebenarnya Hampir Sembuh ?
THAI LEAGUE 1
Nik Faris
@nikfalovic
12:27am 03/02/2023
Pivo

Pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC memberi bayangan bahawa pemain sensai pasukan, Safawi Rasid sudah pun bebas daripada kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu berisiko terlepas perlawanan menentang Nongbua Pitchaya, 5 Februari ini selepas menerima terjahan keras ketika membantu pasukannya menentang Lamphun Warrior tempoh hari.

Beliau difahamkan perlu berehat sekitar 10 hari bagi memastikan dirinya dapat kembali dalam keadaan cergas sepenuhnya.

Pasukan yang lebih dikenali dengan jolokan The Dragons ini bagaimanapun memberi bayangan bahawa kapten Harimau Malaya ini sempat sembuh menjelang aksi penting hujung minggu ini.

Ini susulan gambar pemain pinjaman JDT ini terpapar pada poster perlawanan yang dimuat naik di media sosial pasukan.

Namun begitu, gambaran awal ini bagaimanapun masih tidak menjamin kemunculan Safawi tatkala kelibatnya masih tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan.

Ratchaburi kini berada pada tangga ke-4 Liga 1 Thailand selepas 17 perlawanan dengan 30 mata.