Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid bersyukur kerana kelab tersebut akhirnya dapat merealisasikan impian yang telah disimpannya sejak 10 tahun lalu.
Kapten Harimau Malaya itu secara rasmi telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 Thailand itu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim.
Beliau yang baru sahaja diperkenalkan dalam satu sesi sidang media itu memberitahu bahawa beliau tidak sabar untuk memulakan aksi di sana.
Tambahnya, impian yang sudah lama dinantikannya akhirnya menjadi satu kenyataan.
“Ia menjadi impian saya sejak berusia 15 tahun lagi untuk bermain di Liga Thailand dan impian itu akhirnya tiba.”
“Sejujurnya agak lama untuk saya tunggu merealisasikan impian ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Ini juga merupakan perpindahan kedua buat Safawi setelah sebelum ini ke kelab Portugal, Portimonense SC pada tahun 2020 .
Kehadiran anak jati kelahiran Terengganu ini bakal menjadikan beliau selaku pemain Asia Tenggara ketiga yang mengisi slot kelab selepas Myo Minn Latt dan Hein Phyo Win dari Myanmar.