Razman Roslan: Lebih Mudah Jika Pemain Yang Dipilih ‘Berkualiti’
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Pemain pertahanan Melaka United FC, Mohd Razman Roslan menjelaskan antara faktor yang memacu kemenangan pasukan Thailand adalah kerana pasukan tersebut mempunyai barisan pemain yang sangat berkualiti untuk membawa cabaran pada edisi kali ini.

Bekas pertahanan kebangsaan ini juga mengakui, jika sesebuah pasukan memiliki tenaga yang berkualiti dan sempurna, ia pastinya lebih memudahkan urusan pasukan kerana sudah pastinya jurulatih mudah untuk merencanakan taktikal pasukan.

’Seperti yang saya katakan, lebih mudah buat pasukan yang mempunyai pemain yang berkualiti dalam pasukan.’

Advertisements

’Sesiapa yang diletakkan pun tidak menjadi masalah. Separuh masa pertama tidak menjadi, jurulatih menukarkan tiga pemain dan sama (kualitinya) malah lebih baik,’-kata Razman kepada Astro Arena.

Malah, kenyataan ini juga disokong oleh Shukor Adan yang merasakan bahawa perubahan tersebut telah menjadi titik tolak kepada permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Thailand.

’Kita dapat lihat tempo permainan pasukan Thailand meningkat pada separuh masa kedua setelah melakukan beberapa pertukaran,’-Jelas Shukor.

Advertisements

Keampuhan percaturan jurulatih, Mano Polking nyata membuahkan hasil setelah beraksi cemerlang dalam kedua-dua perlawanan peringkat akhir apabila menundukkan Indonesia 4-0 pada perlawanan lalu sebelum seri 2-2 sekaligus mengesahkan kejuaraan kali keenam Piala AFF buat pasukan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram