Razman Roslan Kesan Kelebihan Syafiq Ahmad
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan Malaysia dan Selangor, Razman Roslan berjaya mengesan impak yang dijelmakan oleh pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC semalam.

Kesungguhan dan komitmen Syafiq dalam aksi semalam turut diakui dua lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Dato’ Zainal Abidin Hassan dan Norshahrul Idlan Talaha.

Advertisements

Bagi Razman, sumbangan yang diberikan Syafiq dalam perlawanan di Stadium MBPJ itu tidak boleh disangkal lagi dengan membantu ketika menyerang dan bertahan.

“Ketika melakukan serangan, dia (Syafiq) bahagian serangan, ketika bertahan pula, dia membantu di bahagian pertahanan. Bagi saya, workrate dia sangat baik hari ini,” jelas Razman melalui siaran langsung perlawanan di Astro Arena.

Advertisements

Dalam pada itu, Dato’ Zainal juga bersependapat dengan Razman mengenai Syafiq Ahmad dan menganggap Syafiq merupakan salah seorang pemain yang bekerja keras buat Kedah pada aksi menentang Selangor.

“Pujian harus diberikan kepada Syafiq. Separuh masa pertama, beliau yang bekerja keras. Separuh masa kedua masih lagi beliau (bekerja keras) dan dia telah menjalankan tugas dengan baik,” ulas Dato’ Zainal Abidin.

Advertisements

Syafiq Ahmad yang kini dalam tempoh pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merekodkan satu jaringan dari dua perlawanan bersama Kedah musim ini.

Untuk aksi seterusnya, Syafiq dan Kedah bakal bertemu Perak FC di gelanggang sendiri pada 24 Mei depan yang mana ianya merupakan perlawanan pertama Kedah di tempat sendiri untuk musim ini.

Advertisements

News Comments Account