Ads
Reaksi Pau Marti Selepas Diundi Hadapi Filipina
Harimau Malaya
FA Malaysia

Reaksi Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas diundi bertemu Filipina mencuri tumpuan.

Advertisements

Pengendali berusia 44 tahun itu mengambil alih tugas daripada bekas pengendali, Kim Pan-gon yang kini kembali ke Korea Selatan.

Advertisements

Majlis Undian Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Harimau Malaya diundi bertemu pasukan ke-147 dunia sekaligus menjadi tugasan pertama buat bekas jurulatih Bercelona B itu.

Advertisements
Advertisements

“Saya fkir positif. Sudah tentu mana-mana 3 pasukan ini, mereka sangat kuat, Jadi kami bersedia untuk menghadapi mana-mana daripada 3 pasukan iaitu Lubnan, Tajikistan atau Filipina.

“Bertemu Filipina untuk perlawanan pertama pada 4 September, mungkin kita tahu tentang mereka kerana mereka juga dari rantau ini, Asia Tenggara. Ini juga sesuatu yang baik untuk Piala Mitsubishi Electric Asean nanti, kita mungkin akan bertemu mereka.

Advertisements

Pau Marti yakin usaha untuk melihat Harimau Malaya tidak hanya akan terhenti di sini.

“Memandang ke hadapan, saya rasa kami mahu menunjukkan kepada penyokong yang pasukan sudah bersedia dan kami tidak mahu berhenti setakat ini. Kami mahu teruskan.

“Saya sangat gembira berpeluang bertemu Filipina. Mereka juga pasukan pertama yang saya hadapi sebagai penolong jurulatih semasa kami menyertai skuad Harimau Malaya, 2 tahun lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada FAM.

Advertisements

Aksi Malaysia-Filipina dan juga Lubnan-Tajikistan akan berlangsung pada 4 September 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram