Reaksi Positif Dari AFC
MakanBola
Malaysia NT

Persekutuan Bola Sepak Asia – AFC memberikan petanda positif baru-baru ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John Paul dalam satu kenyataannya pada segmen Sebelas Utama, Astro Arena.

Hal ini berhubung perkembangan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kes kini dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Windsor menjelaskan bahawa keputusan pembebasan sementara buat tujuh pemain skuad kebangsaan ini kembali beraksi adalah  suatu yang jarang diperoleh.

“Kalau kita tengok stay ni biasanya susah nak dapat. Stay of execution itu. Okay Provisional measure lah. 

Provisional measure dan CAS bagi stay ni susah sebab threshold dia sangat tinggi.

Beliau juga beranggapan bahawa keputusan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada pemain untuk mendapat keputusan positif. 

“Jadi ada 50-50 peluang untuk untuk menang. Sebab kita punya pengalaman di AFC, semua kes yang AFC buat keputusan, siapa saja yang bawa ke kas, yang mintak provisional measure, semua kalah. Mereka tak pernah dapat.

“Selama saya jadi Setiausaha Agunglah, daripada 2015, tak pernah ada satu kes pun di mana yang yang tertuduh tu mendapat stay. Ini kali pertama. 

“Ini yang kita tahulah kali pertama pemain dapat stay. Seperti mana yang saya sebut tadi, stay itu adalah satu satu perkara yang positif untuk untuk kes untuk pemainlah,” tambahnya lagi di Astro Arena.

FAM dalam satu kenyataan telah pun memaklumkan berkenaan keputusan daripada CAS yang kembali membenarkan pemain beraksi buat sementara waktu.  

“ FAM ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport – CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

“Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu,” jelas FAM.