Reaksi Spontan Sergio Ramos Terlalu Ikhlas
Eropah
Sergio Ramos – PSG Commercial
Advertisements

Nampaknya Sergio Ramos kelihatannya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Paris Saint-Germain.

Pemain pertahanan veteran itu menyertai PSG dengan perpindahan percuma pada musim panas selepas 16 tahun setia bersama Real Madrid.

Reaksi spontan Sergio Ramos yang ‘tidak biasa’ dengan jersi baru tanpa pelikup kapten tular dan memberikan reaksi penuh emosi buat pengikut Sergi Ramos.

Advertisements

Dalam video promosi yang dikongsi oleh PSG, pemain Sepanyol itu dilihat memeriksa lengannya pada dan akhirnya sedar beliau bukan lagi kapten pasukan yang diwakilinya selama 16 tahun.

Rata-rata peminat bola sepak ternyata sedih melihat reaksi spontan tersebut namun Sergio Ramos ternyata lebih kuat dari itu.

“Tempat terbaik untuk terus berimpian, kelab terbaik untuk terus memenangi perlawanan,” jelas Sergio Ramos di laman sosial medianya.

Advertisements

“Kami akan bertarung dengan semua yang kami ada untuk segalanya. Allez.”

“Paris Saint-Germain adalah kelab yang telah membuktikan dirinya di tahap tertinggi. Saya mahu terus berkembang dan bertambah baik di Paris dan membantu pasukan memenangi sebanyak mungkin piala.”

Ramos telah menarik minat kelab Liga Perdana termasuk Manchester United, Manchester City dan Chelsea.

Advertisements

Namun PSG melakukan tindakan lebih cepat dan segera mendapatkan bekas kapten paking berpengaruh Real Madrid tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram