Advertising
Rekod 5 Pertembungan Thailand vs Malaysia Mengejutkan
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia melakar rekod memberangsangkan apabila menang 80% kemenangan berdepan Thailand daripada 5 aksi terakhir.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada 14 Disember bagi aksi kumpulan ASEAN Championship di Rajamangala, Bangkok.

Ad

Harimau Malaya dan Changsuek memegang rekod bersih apabila masih tidak tewas pada aksi kumpulan sekaligus menjanjikan aksi hangat.

Ad

Malaysia mengikat Kemboja dengan keputusan 2-2 pada aksi pembukaan sebelum menundukkan Timor Leste dengan keputusan 3-2 di Bukit Jalil sementara Thailand juga membelasah Lafaek menerusi kemenangan besar 10-0.

Kemenangan itu menjadi tonik tambahan buat skuad negara mengekalkan momentum cemerlang berdepan Gajah Perang sungguhpun turun tanpa beberapa pemain utama.

Ad

Rekod pertemuan antara Malaysia vs Thailand memihak kepada skuad negara apabila melakar 4 kemenangan daripada 5 pertemuan terakhir.

Ad

Malaysia berjaya menewaskan Thailand pada dua pertembungan Kelayakan Piala Dunia pada tahun 2019 dengan keputusan 2-1 sebelum penalti Safawi Rasid membantu skuad negara menang tipis 1-0 berdepan lawan sama pada tahun 2021.

Ad

Harimau Malaya juga berjaya menundukkan Thailand pada aksi King’s Cup 2022 di Chiang Mai sebelum menumpaskan lawan sama pada aksi ASEAN Championship tahun 2023 dengan keputusan 1-0.

Kali terakhir skuad negara tewas adalah pada aksi timbal balik separuh akhir kedua tahun 2022 apabila tunduk dengan keputusan 3-0 di gelanggang lawan.

Aksi Thailand vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 14 Disember jam 9 malam.