Rekod Baharu Cristiano Ronaldo Sukar Dicabar Lionel Messi
MakanBola
Portugal/DAS National Team

Tidak lengkap pesta Piala Dunia jikalau Cristiano Ronaldo tidak menjaringkan gol. Dan itulah yang dilakukan oleh bintang global tersebut. Pemenang Anugerah Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu terus melakar sejarah baharu yang dilihat sukar untuk dicabar oleh bintang Argentina, Lionel Messi.

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 2 gol membantu Portugal membenam Uzbekistan, 5-0 sebentar tadi. Gol tersebut telah menamatkan badi 10 perlawanan tanpa sebarang gol pada mana-mana pentas besar bola sepak termasuklah perlawanan sebelum ini yang menyaksikan Portugal seri tanpa jaringan menentang pasukan DR Congo. Gol tersebut juga telah menutup mulut pengkritik yang membidas keberadaan dan keupayaan Cristiano Ronaldo membarisi kesebelasan utama pasukan Portugal tatakala beliau sudah berusia 41 tahun.

Dua gol daripada beliau sahaja sudah cukup untuk beliau memecahkan beberapa rekod Piala Dunia seperti:

  • Pemain pertama cetak gol dalam 6 edisi Piala Dunia
  • Pemain pertama cetak gol 10 gol dalam pentas Piala Dunia dan pentas Euro
  • Penjaring terbanyak untuk Portugal di pentas Piala Dunia
  • Penjaring gol ke-2 tertua di pentas Piala Dunia
  • Pemain tertua yang menjaringkan dua gol di pentas Piala Dunia

Rekod ini dilihat sukar dicabar oleh seteru utama beliau, Lionel Messi. Lionel Messi setakat ini hanya menjaringkan gol dalam 5 edisi Piala Dunia sahaja (2006, 2014, 2018, 2022 & 2026). Lionel Messi gagal menyumbat sebarang gol pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Untuk menyamai rekod Cristiano Ronaldo, Lionel Messi perlu tampil dan menjaringkan pada edisi 2030 tatkala beliau sudah berusia 43 tahun. Walau bagaimanapun, Lionel Messi turut mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan 18 gol setakat ini.