Rekod gah Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Asia pada 10 tahun lalu masih belum terusik mahupun dipecahkan mana-mana pasukan Asia Tenggara.
Pada 10 tahun yang lalu iaitu 2015, JDT mencipta sejarah menjadi pasukan Asia Tenggara pertama memenangi Piala AFC selepas menewaskan kelab Tajikistan, FC Istiklol dengan keputusan 1-0.
Jaringan tunggal Leandro Velazquez pada minit ke-23 ketika itu sudah mencukupi buat JDT menjuarai Piala AFC yang mana aksi finalnya berlangsung di gelanggang keramat Istiklol.
Selepas JDT, masih belum ada mana-mana pasukan Asia Tenggara yang berjaya menjuarai Piala AFC yang kini telah dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2)
Kelab Singapura, Lions City Sailors hampir menyamai rekod JDT bagi saingan ACL2 apabila mara ke pentas akhir baru-baru ini.
Biarpun beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Singapura, Lion City Sailors terpaksa akur apabila tewas 1-2 kepada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah FC.
Dengan kekalahan tersebut, JDT masih kekal menjadi satu-satunya kelab di Asia Tenggara yang pernah menjuarai Piala AFC/ACL2.