Advertising
Rekod Tanpa Kalah Dion Cools & Buriram Lebur
MakanBola
Buriram United

Hasrat bek tengah kebangsaan, Dion Cools menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama Buriram United dengan rekod tanpa kalah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Thunder Castle tewas tipis 4-3 kepada pasukan yang menduduki tempat kedua, Bangkok United.

Buriram tahu sekiranya mereka menang di Stadium Thammasat hari ini, mereka bakal menggondol kejuaraan Thai League 1 buat kali kelapan. Atas sebab itu, anak-anak buah Masatada Ishii tampil garang pada babak pertama.

Ad

Buriram terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang berbisa Supachai Chaided pada minit ke-11. Penyerang itu melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang pantas menerjah penjuru atas gawang yang dikawal penjaga gol tuan rumah, Michael Falkesgaard.

Ad

Tersentak, tuan rumah cuba bangkit. Tetapi Supachai menggandakan kelebihan pasukan pelawat pada minit ke-33 selepas mudah menolak bola ke dalam gawang Bangkok Angels.

Tetapi sebelum Dion dan rakan-rakan sepasukannya sempat meraikan jaringan tersebut, giliran mereka pula dibolosi beberapa minit selepas itu. Bek kanan Thunder Castle, Ratthanakorn Maikami bernasib malang apabila terjaring gol sendiri.

Ad
Ad

Dengan keputusan 2-1 memihak kepada pelawat, Bangkok United bangkit mengejar pada separuh masa kedua. Hasilnya, mereka berjaya mengikat kedudukan 2-2 menerusi pemain tengah Thitipan Puangchan.

Ad

Tuan rumah kemudiannya mendahului menerusi tandukan penyerang Brazil, Willen Mota pada minit ke-78. Bagaimanapun, keceriaan mereka tidak bertahan lama apabila pemain gantian Goran Causic menjaringkan gol penyamaan tiga minit selepas itu.

Dengan kedua-dua pasukan berusaha memburu kemenangan, pasukan yang lebih klinikal di depan gol diangkat sebagai pemenang. Dan itulah yang terjadi kepada Bangkok United apabila serangan pantas mereka pada minit ke-95 mudah disempurnakan Willen untuk kemenangan di hadapan para penyokong mereka.

Kemenangan ini meleburkan rekod tanpa kalah Thunder Castle dalam liga musim ini. Tetapi Dion dan rakan-rakan sepasukannya masih boleh menjulang kejuaraan Thai League 1 dengan menewaskan Lampang pada 9 April ini.