Rencana Zamsaham Majukan Kelantan FC, Bina Kafe Dan Pusat Latihan
Dunia
Facebook: TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman menerusi status Facebook miliknya baru-baru ini telah menyatakan hasratnya untuk mengembangkan empayar Kelantan FC musim depan.

Norizam atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham meletakkan ‘target’ untuk membina kafe buat pasukan The Red Warrior. Pembinaan kafe itu difahamkan akan menambahkan lagi pendapatan buat pasukan. Kafe itu bakal dibuka di Kelantan bagi meraikan dan menyambut baik kedatangan para penyokong setia TRW kelak.

Pemilik pasukan Kelantan FC ini turut menjelaskan bahawa beliau dan pihak pengurusan sedang dalam proses untuk membuat padang latihan buat TRW Kelantan FC. Padang latihan ini dikatakan akan mengikut piawaan sebenar dan lebih mengikut ‘standard’ yang ditetapkan.

Advertisements

Zamsaham sebelum ini turut bercadang untuk mencari beberapa pemain yang berstatus bintang untuk diserap masuk ke dalam pasukan. Langkah ini bagi menguatkan lagi pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Premier musim depan.

Ahli perniagaan yang berasal dari Johor ini membeli Kelantan FC dengan tanda harga RM6.8 Juta, sekaligus menjadi pemilik baru pasukan The Red Warriors pada tahun 2020. Pelbagai kemajuan dapat dicorakkan menerusi idea dan buah fikiran beliau bagi meneruskan legasi pasukan pantai timur itu.

Dengan kehadiran Zamsaham, Kelantan FC dilihat bakal menjadi sebuah kelab yang maju dan berjaya pada masa akan datang. Ramai dalam kalangan peminat mengharapkan Kelantan FC kembali menjadi gergasi bola sepak tempatan yang digeruni semisal zaman kegemilangan Kelantan suatu ketika dahulu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram