Percaturan Zamsaham Perkuat Kelantan FC Dengan Pemain Bintang
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC), Norizam Tukiman baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya berkaitan perkembangan pasukan Kelantan FC.

Beliau yang lebih mesra disapa Zamsaham memaklumkan bahawa kelabnya sedang berkira-kira untuk melabur lebih bagi saingan Liga Premier musim depan.

Zamsaham bercadang untuk mencari beberapa pemain yang berstatus bintang untuk diserap masuk ke dalam pasukan. Langkah ini bakal memberikan bonus buat kelab sekaligus akan memperkukuh barisan kesebelasan utama Kelantan FC.

Advertisements

Pemain-pemain berstatus bintang ini pasti akan memperkuat skuad The Red Warrior dalam pelbagai sudut. Pemain bintang juga mampu memberikan motivasi terbaik selain dapat berkongsi pengalaman yang dimiliki kepada rakan sepasukan.

Dalam pada itu di ruangan komen Facebook Zamsaham, ada beberapa penyokong setia The Red Warrior yang turut serta memberikan pandangan. Pemilik akaun Facebook, Mat Ayub berkata pasukan Kelantan juga perlu memiliki jurulatih yang bagus.

“Jurulatih mesti padu Bos Zam. Taktikal juga penting.”

Advertisements

Mat Ayub turut meramalkan pada tahun 2022, stadium TRW bakal dipenuhi semula oleh para penyokong bagi mengembalikan detik-detik kegemilangan Kelantan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram