Rentak Cemerlang Norshahrul Idlan Talaha Dan Zaquan Adha Jadi Kunci Kejayaan Pasukan
Dunia
Instagram: @nsfc1923
Advertisements

Aksi dua pemain berpengalaman pasukan kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan juga Muhammad Zaquan Adha Abd Razak dalam saingan Liga Premier musim ini mencuri tumpuan peminat tanah air.

Ini disebabkan persembahan berkualiti dipamerkan oleh kedua-dua pemain berpengalaman ini membuahkan hasil apabila berjaya membantu pasukan masing-masing bersaing secara kompetitif.

Pada musim ini, Norshahrul atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Yo’ terus menunjukkan taringnya setelah memilih untuk beraksi buat pasukan Sarawak United. Beliau yang baru pulang ke tanah air setelah menabur bakti bersama pasukan juara Liga Thai pada musim lalu iaitu BG Pathum United.

Advertisements

Pemain berusia 35 tahun ini nyata menggunakan pengalaman yang dimiliki olehnya ketika beraksi di Thailand apabila berjaya menjaringkan 3 gol dalam 11 perlawanan yang diturunkan.

Selain itu, Mat Yo juga masih mempunyai seni gelecekannya di atas padang sekaligus menjadi antara pemain yang senang dilihat beraksi bersama rakan sepasukannya di bawah kendalian E. Elavarasan.

Kini, pasukan Sarawak United gah di persada liga setelah berjaya mengumpul 31 mata hasil daripada 15 perlawanan.

Advertisements

Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, peranan yang dimainkan oleh bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha dilihat sangat efektif dalam merencanakan serangan buat pasukan itu.

Tambahan pula, gandingan mantap beliau bersama seorang penyerang Import, Francis Kone sering menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan. Pada musim ini, pemain berusia 34 tahun itu telah mencatat 6 gol dalam 11 perlawanan beliau diturunkan.

Bekas pemain pasukan Kedah ini juga memainkan peranan beliau dengan baik untuk mengetuai pemain-pemain muda dalam pasukan tersebut.

Advertisements

Pasukan Negeri Sembilan ketiga ini sedang bersaing sengit untuk merebut tangga teratas liga. Persembahan konsisten pasukan kendalian K.Devan ini berjaya meletakkan mereka di tangga ketiga dan hanya dipisahkan dua mata daripada pasukan Sarawak United di tangga pertama.

Sudah pastinya, peranan yang dimainkan oleh dua ‘otai’ dalam pasukan ini masih ditagih oleh pasukan masing-masing dalam usaha untuk terus memburu kejuaraan Liga Premier musim ini.

Oleh yang demikian, kita juga berharap agar kedua-dua pemain ini dapat terus konsisten dalam memperagakan aksi sebegini sehingga ke penguhujung saingan liga sekaligus menjadi pembakar semangat buat para pemain tempatan yang lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram