Ads
Respon Nafuzi Zain Lihat David Da Silva Berjaya Di Indonesia Berbanding Malaysia
Asia Tenggara
KDA FC/ Persib Bandung

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga bekas jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberikan respon selepas bekas pemainnya di Terengganu iaitu David Da Silva cemerlang di bumi Indonesia.

Advertisements

David Da Silva merupakan bekas penyerang Terengganu yang beraksi di bawah kendalian Nafuzi dalam saingan Liga Malaysia musim 2021.

Advertisements

Namun pada ketika itu, David Da Silva acap kali menjadi mangsa kecaman penyokong selepas gagal menyinar bersama Sang Penyu sepanjang musim tersebut sebelum mengambil keputusan meninggalkan Terengganu dan berhijrah ke Persib Bandung.

Advertisements
Advertisements

Bagi Nafuzi sendiri, beliau melihat corak permainan di Indonesia berkemungkinan sesuai buat David Da Silva sehinggakan penyerang kelahiran Brazil itu menjadi penyerang yang hebat di sana.

“Kualiti setiap pemain ini berbeza. Kesesuaian pemain tersebut (bergantung kepada) pasukan yang dia bermain. Kalau kita tengok seperti David Da Silva, selepas dia kembali ke Indonesia, dia menjadi penyerang yang top scorer dan hebat di sana.

Advertisements

“Mungkin di sana lebih sesuai dengan cara dia. Sesetengah pemain memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan rakan sepasukan, jurulatih dan sistem mereka bermain,” jelas Nafuzi seperti yang dikongsikan KDA FC.

Advertisements

David Da Silva membuktikan beliau merupakan penyerang yang sangat tajam di hadapan gol selepas meledak 30 gol dalam 34 perlawanan sekali gus menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia musim 2023/2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram