Respon Ong Kim Swee Tentang Perpindahan Brendan Gan Ke Sabah
Transfer
Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Ong Kim Swee memberi jawapan tentang perpindahan bekas perancang tengah Selangor, Brendan Gan untuk menyertai pasukannya.

Pemain berusia 36 tahun itu secara rasmi tidak akan kekal bersama The Red Giants selepas hampir 4 musim bersama pasukan Lembah Klang itu.

Masa depan beliau bagaimanapun masih belum diputuskan selepas desas-desus mengaitkan kepulangannya ke Liga Australia (A-League) bagi musim ini.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan kepada Astro Arena, Kim Swee menafikan khabar angin yang mengaitkan pemain kebangsaan itu untuk menyertai The Rhinos.

“Kita tidak mempunyai perancangan untuk mengambil mana-mana pemain termasuk pemain import. Sekiranya terdapat arahan yang datang (untuk mengambil pemain), kita akan lakukan sesuatu,” ujarnya kepada Astro Arena.

Sabah ketika ini sedang mempersiapkan pasukan bagi aksi Piala AFC 2023 selepas bakal berkunjung bertemu kelab Australia, Macarthur FC di laman lawan, Februari ini.

Advertisements

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa Brendan berkemungkinan akan pulang beraksi di A-League susulan jendela perpindahan di sana yang masih lagi dibuka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram