Gabriel Palmero, pemain warisan Harimau Malaya, menunjukkan semangat positif susulan pengumuman berita gembira oleh FAM.
Kelegaan itu diluahkan oleh Gabriel Palmero menerusi satu hantaran di laman Instastory pemain tersebut sebaik sahaja FAM memuat naik kenyataan terkini oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Menurut kenyataan itu, CAS membenarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, termasuk Gabriel Palmero, untuk kembali menyertai aktiviti bola sepak.
Keputusan CAS ini membawa maksud penggantungan yang dikenakan oleh FIFA ke atas 7 pemain ini ditangguhkan buat sementara ketika mana kes tersebut masih lagi berlangsung setakat ini.
Berita tersebut ternyata memberi ruang buat Palmero dan 6 lagi pemain ini untuk meneruskan karier profesional mereka di peringkat kelab dan kebangsaan selepas digantung selama 5 bulan dari September tahun lalu.
“Kami kembali,” tulis Gabriel Palmero.

Masa depan Gabriel Palmero bagaimanapun menjadi tanda tanya oleh kerana kelab terakhirnya sebelum ini, CD Tenerife difahamkan telah menamatkan kontrak pada November tahun lalu.