Respon Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor terhadap destinasi baru Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu tidak lagi bersama Harimau Malaya selepas dua tahun 6 bulan membantu negara.
Beliau memilih untuk meninggalkan pasukan atas faktor peribadi sekaligus menyebabkan masa depannya menjadi tanda tanya.
Media Korea Selatan pula kini hangat memperkatakan tentang destiasi baru Kim Pan-gon yang difahamkan bakal membawa haluan baru ke negara asalnya.
Beberapa buah media memaklumkan bahawa juara K-League, Ulsan HD antara potensi yang berada di hadapan pengendali berusia 55 tahun itu.
Perkara ini meraih perhatian DYAM Tunku Ismail yang memberikan respon peribadinya berhubung khabar angin ini.
“Mungkin dapat tawaran lebih menarik. Kalau betul ke Ulsan, saya ucapkan selamat maju jaya kepada Kim Pan-gon.
“Terima kasih atas sumbangan anda,” jelas baginda dalam satu hantaran di laman X.
DYAM Tunku Ismail telah terima mengadap Kim Pan-gon dan juga beberapa individu lain dalam satu pertemuan di St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini selain memberikan beberapa pandangan peribadinya berkenaan bola sepak Malaysia.