Rexy Mainaky: Ini Saja Skuad Malaysia Yang Ada
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tetap yakin dengan barisan pemain Malaysia meskipun dihimpit pelbagai isu menjelang kejohanan berpasukan.

Pada Jumaat, BAM dalam suatu kenyataan mengumumkan terpaksa melupakan khidmat pemain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong yang bakal menjalani satu lagi pembedahan dalam masa terdekat.

Ng Tze Yong yang baru pulih dari kecederaan sebelum ini akan menjalani pembedahan tersebut dan tidak akan sempat pulih untuk bersama pasukan ke Chengdu, China bagi kejohanan Thomas Cup 2024.

Advertisements

“Selepas berunding dengan doktor ISN dan juga doktor yang membedahnya, Tze Yong kini akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk memperbaiki simptomnya dan mempercepat proses pemulihannya,” tulis BAM dalam kenyataan tersebut.

“Akibatnya, Tze Yong perlu menjalani pembedahan dan telah diketepikan daripada skuad Piala Thomas.”

Menurut Rexy yang ditemui ketika sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, meskipun dihimpit masalah kecederaan pemain, akan tetapi ini adalah pemain terbaik yang dimiliki oleh skuad negara ketika ini.

Advertisements

Rexy berpendapat bahawa keputusan memanggil pemain beregu, Choong Hoon Jian bagi menggantikan tempat Ng Tze Yong adalah disebabkan oleh pelapis pemain beregu yang lebih ramai berbanding pemain perseorangan.

”Ini sahaja pemain yang kita ada. Kalau kita cakap, untuk pemain beregu, ya, kita mempunyai ramai pemain. Tetapi untuk pemain perseorangan memang hanya setakat ini,” katanya menurut laporan Harimau Malaya.

Apabila ditanya adakah ini barisan pemain kali ini adalah yang terbaik, Rexy dengan wajah tenang mengakui bahawa ini merupakan sepuluh orang pemain terbaik yang bakal menggalas tugas besar negara ke Thomas Cup 2024.

Advertisements

”Kalau dikatakan (adakah) pasukan ini yang terkuat? Ya memang inilah (barisan terkuat),” tambah jurulatih kelahiran Indonesia itu lagi.

Skuad badminton negara bakal membuka tirai saingan Thomas Cup dengan berdepan Hong Kong dan Algeria sebelum menutup aksi peringkat kumpulan D bertemu jaguh Eropah, Denmark.

Manakala pasukan wanita bakal berdepan Chinese Taipei pada aksi pertama kumpulan B Uber Cup sebelum berdepan ujian getir dari Thailand dan Australia pada perlawanan terakhir kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram