Rezal Zambery Tak Mahu Paksa Nurshamil
Dunia
Kelantan FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya tidak mahu memaksa mana-mana pemainnya untuk beraksi termasuklah tunjang utama pasukan, Nurshamil Abd Ghani.

Rezal memaklumkan bahawa beliau kini dalam misi untuk memperisapkan pasukan menjelang pertemuan dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sungguhpun beraksi di laman sendiri, bekas bintang Negeri Sembilan ini tetap menuntut fokus daripada para pemainnya selain mahu memastikan mereka bebas daripada kecederaan.

Advertisements

Beliau juga sedang menunggu laporan mengenai status kecergasan para pemainnya sebelum menentukan kesebelasan terbaik kelak.

Mengulas lanjut, sungguhpun beliau sedar harapan yang tinggi diletakkan terhadap penyerang utama pasukan, Syamil, beliau tetap tidak mahu mengambil sebarang risiko.

“Syamil masih lagi dalam senarai kecederaan. Secara jujurnya saya tidak mahu memaksa beliau untuk beraksi kerana kita ada saingan kedua di Johor nanti.”

Advertisements

“Lagipun kita ada pemain lain yang masih boleh mengisi kekosongan Shamil sekiranya beliau tidak boleh beraksi,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Sambil itu, jurulatih muda berusia 44 tahun ini yakin pertemuan ini sudah tentu berlangsung sengit selain mahu memastikan para pemain kekal dalam momentum dan motivasi terbaik.

Kelantan sudah pun mencapai sasaran awal untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2022 dan aksi ini menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan sebenar pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram