Pemain baharu Selangor, Reziq Bani Hani telah mendedahkan detik penting perpindahan beliau ke Selangor pada saat akhir jendela perpindahan.
Penyerang Jordan berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk menyertai Selangor dan berpindah keluar buat pertama kali dari pasukannya, Al-Faisaly.
Reziq Bani Hani kini sekali lagi bertemu Noor Al-Rawabdeh di Selangor setelah kedua-dua pemain itu pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Jordan.
Reziq yang turut digelar sebagai Cobra oleh bekas rakan sepasukannya turut menceritakan detik penting yang menjadi sebab utama beliau memilih untuk terbang ke Malaysia dan menyertai The Red Giants.
Ejen beliau yang menghubunginya saat akhir dan menceritakan peluang untuk bersama pasukan Selangor menyebabkan beliau berminat dan tergerak hati untuk bersetuju dengan perpindahan tersebut.
“Ejen saya, Ali Aldaeefy dalam beberapa jam sebelum beliau bercakap dengan saya dan saya jadi begitu teruja dan kami suka dengan perpindahan ini.
“Selangor adalah pasukan yang menakjubkan, pasukan yang besar dan mereka mempunyai ramai penyokong. Selangor sentiasa berada di atas, sama seperti pasukan lain yang mahu menjadi juara.” ujar Reziq Bani Hani dalam sebuah temu bual.
Reziq Bani Hani akan bersama-sama Roni Fernandez dalam memperkuatkan posisi penyerang tengah pasukan Selangor dalam mengharungi musim 2024/2025.