Ads
Selangor Bayar Harga Mahal Dapatkan Reziq Bani Hani
Liga Super
Jordanian Pro League

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC difahamkan membayar harga mahal untuk mendapatkan khidmat Reziq Bani Hani.

Advertisements

Penyerang kebangsaan Jordan itu sah menjadi milik The Red Giants pada saat akhir jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan kelab negaranya, Al-Faisaly untuk ke Liga Malaysia buat kali pertama.

Advertisements
Advertisements

Menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau memaklumkan bahawa Selangor membayar harga mahal untuk mendapatkan khidmat penyerang tersebut.

“Saya difahamkan Selangor sanggup berhabis untuk menebus kontrak pemain ini bersama kelab lamanya untuk memastikan beliau dapat bersama pasukan,” ujar Fina Nasrom kepada Astro Arena.

Advertisements

Kapten B-23 Jordan ini memiliki reputasi yang baik bersama pasukan terutamanya dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila meledak dua gol dan dua bantuan gol bersama Al-Faisaly.

Pemain versatil ini juga boleh beraksi pada mana-maan posisi serangan seperti penyerang tengah (CF) dan juga pemain sayap (LWF) (RWF).

Advertisements

Beliau dijangka bakal menjadi taruhan menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Piala Sumbangsih 2024 di Stadium Sultan Ibrahim dengan beberapa tunjang utama pasukan mengalami kecederaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram