Dunia
Instagram Richard Chin
Advertisements

Pemain warisan Malaysia yang kini beraksi bersama Charlton Athletic di England, Richard Chin mencipta sejarah sebagai pemain warisan Malaysia pertama yang beraksi di Piala FA England.

Richard diturunkan selaku pemain gantian dalam kemenangan bergaya 4-1 Charlton menewaskan Coalville Town pada aksi pusingan pertama Piala FA sekaligus melayakkan pasukan itu ke pusingan kedua.

Gol-gol Charlton telah dijaringkan oleh Jack Payne (2 gol), Jayden Stockley dan Chuks Aneke yang masing-masing menjaringkan satu gol.

Advertisements

Melalui tinjauan dalam laman web Sofascore, Richard yang beraksi di posisi pertahanan kanan telah dimasukkan pada minit ke-78 dan mendapat penilaian 6.8/10. Beliau berjaya menyempurnakan 7 hantaran tepat dengan peratusan ketepatan hantaran adalah 88%.

Richard rating Richard Chin Jadi Pemain Warisan Malaysia Pertama Beraksi Di Piala FA England
Sumber Sofascore.

Untuk pusingan kedua Piala FA, lawan Charlton masih belum diketahui namun Richard dijangka akan diturunkan dalam aksi Piala EFL pada 9 November ini di mana Charlton akan bertandang ke Stadium Broadhall Way untuk menentang Stevenage.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram