KL City FC semakin hampir menamakan pengganti Miroslav Kuljanac untuk menghadapi musim 2025/26.
Selepas memilih tidak mengekalkan jurulatih Croatia itu, beberapa nama dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.
Antara yang berminat ialah legenda The City Boys, Fandi Ahmad, Milomir Seslija dan Sulaiman Hussin. Fandi dilaporkan antara calon yang bakal mengambil alih pasukan Lembah Klang itu.
Walau bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan KL City dilaporkan memilih bekas pengendali Melaka United FC, Risto Vidakovic.
“Pengendali kelahiran Bosnia Herzegovina, Risto Vidakovic hampir pasti dilantik selaku ketua jurulatih baru Kuala Lumpur City bagi harungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2025/26.
“Risto bukanlah nama asing di saingan Liga Malaysia selepas pernah bimbing Melaka United pada 2022,” katanya di X.
Selain Melaka United, Vidakovic pernah membimbing Lion City Sailors (LCS), PSS Sleman, Borneo FC, Ecija Balompie, Real Betis B, Ceres-Negros dan Cadiz.