RMS Sendiri Yang Lamar Cheng Hoe Untuk Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih baharu Selangor FC jelas mengejutkan ramai pihak apatah lagi bekas pengendali skuad kebangsaan itu kerap kali dikaitkan untuk pulang semula ke bekas pasukannya Kedah Darul Aman FC.

Cheng Hoe mengakui bahawa kehadiran beliau ke Selangor adalah melalui satu perbincangan terus dengan Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (RMS) dua minggu lalu.

“Kira-kira dua minggu lalu, saya ada berbincang dengan Tengku Amir. Ia satu perbincangan yang baik. Kami menyentuh hala tuju dan masa depan kelab.

Advertisements

“Terma dan syarat telah dipersetujui. Beberapa jurulatih bersaing untuk jawatan itu, dan saya bertuah kerana terpilih untuk berada di sini.

“Tengku Amir mahu saya membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi. Ia adalah tugas besar, tetapi saya sudah bersedia untuk misi ini.

“Selangor adalah salah satu kelab terbesar dalam bola sepak Malaysia, dan saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan itu,” jelasnya kepada NST.

Advertisements

Dalam pada itu, Cheng Hoe menegaskan bahawa fokus utama beliau adalah untuk musim 2023. Jadi, pada musim ini akan dijadikan sebagai persediaan terbaik untuk membina pasukan dengan lebih bagi memberi saingan hebat pada musim hadapan.

“Sasarannya ialah musim 2023. Baki musim ini akan memberi saya peluang untuk merancang untuk musim baharu.

“Saya berehat daripada bola sepak selepas tugasan pasukan kebangsaan yang berakhir selepas Piala AFF tahun lalu. Walauagaimanapun, saya masih menonton beberapa perlawanan Liga-M.

Advertisements

“Selangor mempunyai pemain yang berkualiti tetapi tidak konsisten. Mereka melakukan banyak kesilapan individu dan melepaskan gol mudah.

“Saya di sini untuk menyelesaikan semua isu itu dan bersedia untuk musim baharu,” tambah Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram