Roberto Martinez Nafi Tinggalkan Portugal
MakanBola
FPF

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez menafikan khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan pasukan itu selepas tamat Piala Dunia 2026.

Sebelum ini, beberapa laporan media menyebut jurulatih Sepanyol itu akan meninggalkan Portugal selepas tamat kejohanan berprestij itu.

Ini disebabkan kontrak Martinez dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) bakal berakhir pada Julai ini. Tidak kira apa pencapaian Portugal dalam Piala Dunia, beliau dilaporkan akan meninggalkan pasukan itu.

Apabila ditanya tentang khabar angin tersebut, Martinez pantas menafikan khabar berkenaan. “Laporan tentang saya akan meninggalkan pasukan selepas tamat Piala Dunia? Itu bukan berita. Kosong.

.”Saya fokus sepenuhnya kepada Piala Dunia. Khabar ini bukan berita,” katanya seperti dilaporkan Fabrizio Romano.

Sepanjang bersama Portugal, beliau membantu pasukan itu muncul juara Liga Negara-Negara UEFA (UNL) pada 2025.

Martinez kini berharap dapat mencipta sejarah baharu negara itu dengan menjadi jurulatih pertama meraih trofi Piala Dunia. Portugal akan menentang Republik Demokratik Congo (DP Congo) dalam Kumpulan K pada 18 Jun.