Advertising
Robin van Persie Bergelar Jurulatih Feyenoord
MakanBola
SC Heerenveen

Legenda Manchester United, Robin van Persie sah menggalas peranan sebagai jurulatih baharu Feyenoord.

Pelantikan jurulatih berusia 41 tahun itu diumumkan pengurusan De Stadionclub itu. Sebelum ini, van Persie membimbing satu lagi kelab Belanda, SC Heerenveen.

Ad

“Babak seterusnya bermula di sini. Selamat kembali, Robin van Persie!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Van Persie bukan asing dengan juara Eredivisie musim 2023/24 itu. Ini kerana beliau pernah beraksi sebagai pemain sebanyak dua kali dan merekodkan 122 penampilan.

Van Persie juga pernah menjadi pembantu Dick Advocaat di De Kuip dan melatih skuad remaja Feyenoord sebelum berhijrah ke Heerenveen pada musim panas 2024.

Ad

Bekas peledak Arsenal itu memeterai kontrak sehingga tahun 2027. Van Persie bakal dibantu bekas jurulatih Manchester United, Rene Hake sebagai penolong jurulatih.

Ad

Legenda Belanda itu dibawa masuk menggantikan pengurus sebelumnya, Brian Priske. Selepas dipilih sebagai pengganti Arne Slot yang berhijrah ke Liverpool, pengurusan De Stadionclub memilih melepaskan beliau.

Ad

Ini disebabkan prestasi kurang memuaskan Feyenoord sejak kebelakangan ini. Ini termasuk pasukan itu hanya merekodkan satu kemenangan daripada enam perlawanan.

Van Persie bakal membimbing pasukan itu buat kali pertama apabila menentang NEC Nijmegen pada 2 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments