Rodney Celvin Bakal Tinggalkan Kedah?
Transfer
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain pertahanan Kedah, Rodney Celvin dikhabarkan bakal meninggalkan Kedah dan menyertai pasukan baharu pada tahun hadapan.

Berita tersebut dikongsikan oleh wartawan T. Avineshwaran menerusi sebuah hantaran dilaman sosial X milik beliau.

“Rodney Celvin Akwensivie bakal meninggalkan Kedah secara persetujuan bersama. Rodney berkemungkinan menyertai Kuching City musim hadapan.” lapor Avineshwaran.

Advertisements

Pertahanan tengah itu telah bermain sebanyak 15 perlawanan buat Kedah dalam semua pertandingan musim ini.

Pemain berusia 27 tahun ini menyertai pasukan Kedah pada tahun 2021 secara pinjaman sebelum dibawa masuk sebagai pemain tetap pada tahun seterusnya.

Rodney turut pernah bermain untuk pasukan Sarawak, PKNS dan juga Selangor sebelum ini.

Advertisements

Jika Rodney memilih untuk menyertai Kuching City untuk musim hadapan, pemain ini bakal bergandingan semula dengan bekas jurulatihnya di Kedah iaitu Aidil Sharin.

Rodney Celvin merupakan tonggak penting Kedah dibahagian pertahanan sewaktu dibawah kendalian Aidil Sharin tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram