Rodri: Rumput Panjang & Tidak Rata Di Santiago Bernabeu
Eropah
Manchester City FC
Advertisements

Keadaan padang di Santiago Bernanbeu mendapat kritikan hebat pasukan Manchester City ketika berdepan Real Madrid dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Menurut pemain tengah Manchester City, Rodri, yang mengkritik keadaan padang yang jelas tidak disenangi oleh beliau dan rakan sepasukannya ketika berdepan tuan rumah pada pagi Rabu.

Beliau berkata ketika ditemui selepas perlawanan, rumput di stadium berkenaan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dengan keadaan rumput yang panjang dan juga tidak rata.

Advertisements

”Rumput di sini (Santiago Bernabeu) sangat panjang, bahkan ia tidak rata,” kata Rodri selepas perlawanan menurut theMadridZone.

Nada sama turut disuarakan oleh ketua jurulatih, Pep Guardiola yang menggesa Real Madrid agar memberi tumpuan juga kepada pengurusan padang selain menambahbaik infrastruktur stadium berkenaan.

“Saya suka melihat langit, tetapi sebenarnya stadium itu mengagumkan. Sekarang mereka hanya perlu menjaga rumput,” ujar bekas pengendali FC Barcelona itu.

Advertisements

“Jangan salah faham, ia adalah satu kerja yang mengagumkan. Semasa saya bermain, rumput Bernabeu umpama permaidani, akan tetapi, saya rasa mereka akan membetulkannya.”

Pada aksi yang berlangsung dalam keadaan stadium tertutup itu, permainan sengit dan saling berbalas jaringan ditampilkan kedua-dua pasukan sehingga keputusan terikat seri 3-3 sehingga tamat 90 minit permainan.

Gol-gol Real Madrid disumbangkan oleh Rodrygo, Federico Valverde dan jaringan sendiri pertahanan City, Ruben Dias manakala tiga gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Bernando Silva, Phil Foden dan Jack Grealish.

Advertisements

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertembung dalam aksi timbal balik di Stadium Etihad pada 18 April hadapan bagi menentukan pasukan mana yang akan menempah tiket ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram