UCL: Real Madrid Sekat Hajat Manchester City
UEFA Champions League
Manchester City
Advertisements

Perlawanan suku akhir pertama bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi ini menyaksikan pertembungan di antara Real Madrid menentang Manchester City yang berkesudahan dengan jaringan 3-3.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti menyekat hajat anak buah Pep Guardiola untuk raih tiga mata berharga di Stadium Bernabeu. 

Perlawan bermula rancak apabila kedua buah pasukan gergasi ini cuba untuk menguasai permainan. 

Advertisements

Manchester City membuka jaringan pertama seawal minit ke-2 permainan menerusi sepakan percuma yang bijak oleh Bernardo Silva mengelirukan penjaga gol Real Madrid.

Pada minit ke-12, Real Madrid berjaya menyamakan kedudukan apabila sepakan deras daripada Eduardo Camavinga terbias Ruben Dias sekaligus jaringan sendiri dihasilkan.

Selang dua minit aksi, larian bijak daripada Rodrygo berjaya menghasilkan gol kedua buat Real Madrid sekaligu membeli kelebihan satu jaringan seawal 15 minit permainan.

Advertisements

Separuh masa pertama keputusan Real Madrid 2-1 Manchester City.

Pada minit ke-66 permainan, bintang muda The Citizen, Phil Foden menyamakan kedudukan kembali apabila jaringan kedua dapat dihasilkan menerusi sepakan deras luar kotak menewaskan penjaga gol.

Pertahanan Manchester City, Josko Gvardiol memberi kelebihan buat pasukan apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan selepas mudah menyempurnakan hantar kemas daripada Jack Grealish pada minit ke-71 permainan. 

Advertisements

Pada minit ke-79 permainan, Federico Valverde memberi nafas semula kepada Real Madrid apabila rembatan ‘volley’ berjaya menghadiahkan gol ketiga pasukan. Hantaran lintang yang bijak daripada pemain sayap, Viniscus Junior.

Perlawanan tamat dengan keputusan Real Madrid 3-3 Manchester City. 

Seterusnya, perlawanan suku akhir kedua menyaksikan Manchester City bakal meneruma kunjungan Real Madrid di Stadium Etihad yang akan berlangsung pada 18 April ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram