Rodrigo Holgado Rancang ‘Pusingan U’
MakanBola
Haniff Che Mohamad/MakanBola

Selepas dilaporkan menimbang kemungkinan bersara, penyerang Malaysia, Rodrigo Holgado dikhabarkan menimbang pusingan U.

Portal En Cancha melaporkan wujud kemungkinan buat penyerang berusia 30 tahun itu kembali aktif bermain bola sepak.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah membawa kes ke CAS untuk menyelesaikan isu hukuman penggantungan tujuh pemain termasuk Holgado.

Sekiranya semua berjalan lancar, isu penggantungan yang dihadapi bakal diselesaikan dalam masa terdekat.

Ini dijangka membuka ruang buat Holgado untuk menyertai kelab Chile, Coquimbo Unido. Perpindahan itu akan direalisasikan selepas bekas penyerang Gimnasia La Plata itu menamatkan kontrak dengan kelabnya, America de Cali.

Khabar sama turut dikongsikan wartawan sukan Chile, Renzo Luvecce di Instagram seperti yang dilaporkan portal Red Gol. Menariknya, Holgado meninggalkan komen berbunyi, “Kenapa tidak?”

Holgado dan enam lagi pemain warisan negara kini menjalani penggantungan FIFA selama setahun susulan isu pemalsuan dokumen.

Screenshot 110 Rodrigo Holgado Rancang 'Pusingan U'

Selain beliau, Facundo Garces, Gabriel Palmero, Hector Hevel, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal turut berdepan hukuman sama.

Selepas rayuan mereka dan FAM ditolak Jawatankuasa Rayuan FIFA, kes mereka dirujuk kepada CAS. Keputusan kes dijangka diketahui sebelum aksi Vietnam dan Malaysia pada Mac ini.