Rodriguez, Samassa Antara Dilepaskan Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang FC Official
Advertisements

Tiada lagi kelibat Steven ‘titi’ Rodriguez dan penjaga gol tinggi lampai Mamadou Samassa bersama Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim depan, apabila mereka diumumkan antara sembilan pemain yang dilepaskan kelab itu.

Rodriguez yang menyertai pasukan hanya di pertengahan musim, tidak menunggu lama untuk menambat hati penyokong apabila tampil sebagai mesin gol Sri Pahang, dengan meledak 12 gol dalam 17 penampilan.

Ketika kelibat pemain dari Colombia itu dijangka akan dikekalkan, pengurusan Sri Pahang nampaknya menpunyai perancangan lain, sudah tentunya mahu memancing rangkaian penyerang import lain untuk memperkasa serangan.

Advertisements

Ketika ini Kpah Sherman antara yang dilaporkan akan bersama Sri Pahang, tatkala mereka juga sedang mencuba untuk mendapatkan khidmat Ahmad Hazwan Bakri.

Samassa pula hadir ketika awal musim namun gagal untuk menepati ekspetasi selaras reputasi gah yang dibawanya ke Darul Makmur. Bekas penjaga gol JDT, Izham Tarmizi dijangka akan mengisi kekosongan ditinggalkan Samassa, manakala Zarif Irfan pula sebagai penjaga gol kedua.

Turut dilepaskan adalah Sean Gan Gianelli, Daniel Wafiuddin, Mior Dani Armin, Shahrul Aizat, Fandi Othman dan Nur Izzat Che Awang dan Hasnul Zaim Zafri.

Advertisements

Dengan pengumuman ini juga, penyokong Sri Pahang pastinya boleh menarik nafas lega kerana tonggak import seperti Manuel Hidalgo dan Kevin Ingreso, serta beberapa pemain tempatan antaranya Nor Azam Azih, Muslim Ahmad, Baqiuddin Samsudin dan Azwan Aripin masih kekal menyarung jersi pasukan itu.

Bagi saingan musim baru, Sri Pahang diberitakan akan merekrut beberapa lagi pemain antaranya Azrif Nasrulhaq, Fadhli Shas, Syazwan Andik Ishak dan Shamie Iszuan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram