Juara Piala Malaysia 2021 KL City berhasrat untuk menaturalisasikan penyerang dari Colombia, Romel Morales apabila penyerang terbaik itu sudah menepati syarat lima tahun beraksi di Liga Malaysia untuk musim 2022.
Morales akui mahu bersama-sama dengan Harimau Malaya jika dipanggil. Akan tetapi ini adalah perancangan jangka masa panjang untuknya apabila dinaturalisasi.
“Memang dia (Morales) nak main (mewakili Malaysia), memang sudah ada perancangan untuknya di mana KL City akan menaturalisasikan dia,” kata Effendi.
Sebagai rekod sebelum ini, tonggak utama KL City ini merupakan penjaring terbanyak bagi kempen Piala Malaysia musim ini. Beliau juga turut mempamerkan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan yang lepas.
Dalam pada itu, Morales perlu bersabar untuk dinaturalisasi kerana beliau dijangka menyertai Harimau Malaya 2 tahun lagi.
“Itu perancangan jangka panjang dan dia juga mengesahkan untuk kekal dengan pasukan KL City lagi. InsyaAllah, kalau pasukan negara panggilnya, tahun 2023 baru dia boleh mula sertai pasukan,” kata Effendi yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd.