Romel Morales Umum Perpisahan Dengan KL City
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Penyerang naturalisasi baru Malaysia, Romel Morales sah tidak lagi bersama pasukan KL City FC.

Perkara ini disahkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya semalam.

Sejak menyertai The City Boys pada musim 2021, Romel amat menghargai setiap detik semasa bersama pasukan itu.

Advertisements

Walaupun beliau tidak lagi bersama pasukan itu pada musim hadapan, kenangan bersama KL City akan terus dikenang buat selamanya.

“Dari hari pertama, saya rasa sudah jadi sebahagian daripada keluarga. Setiap perlawanan, setiap sesi latihan merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Saya menghargai kasih sayang dan sokongan yang diberi kepada saya dalam dan luar padang.

Advertisements

“Sekarang, saya bakal membuka lembaran baru dalam karier saya tetapi saya mahu anda tahu bahawa saya akan bawa anda semua bersama saya. Saya mendapat kawan untuk seumur hidup.

“Terima kasih untuk detik-detik menggembirakan, mengatasi cabaran bersama-sama dan membina memori yang saya akan hargai buat selamanya.

Advertisements

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan saya di mana saya berkongsi emosi bersama-sama selama beberapa tahun, para jurulatih dan ahli pasukan kejurulatihan, penyokong yang sentiasa menyokong kita, pihak berkuasa dan presiden kelab dan paling penting, staf kelab yang bekerja setiap hari dengan para pemain pasukan.

“Terima kasih bandaraya Kuala Lumpur kerana menjadi rumah bola sepak saya!” katanya.

Advertisements

Sepanjang bersama KL City, Morales telah merekodkan 81 penampilan, 25 gol dan enam bantuan gol.

Selain KL City, beliau juga pernah beraksi untuk Melaka United, PKNS FC (kini Selangor FC Bawah 23 Tahun (B-23)) dan kelab Argentina, Banfield.

Morales kini bersama skuad kebangsaan bagi menjalani persiapan ke Piala Asia 2023 yang membuka tirainya pada 12 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram