Ronaldo: Inilah Sebabnya Mengapa Old Trafford Digelar ‘Theater of Dream’
EPL
Cristiano
Advertisements

Sejurus perlawanan tamat dengan kemenangan bergaya mengatasi Newcastle 4-1 di Old Trafford, Cristiano Ronaldo ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

Beraksi di hadapan hampir 80,000 penyokong di stadium keramat Manchester United, Old Trafford, Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol menerusi satu tapping dan gerakan dari sebelah kiri.

Ole Gunna Solkjaer yang cukup berani dan yakin dengan kecergasan dimiliki Ronaldo tidak menunggu lama dan meletakkan Ronaldo dalam kesebelasan utama menentang The Magpies.

Advertisements

Ronaldo menjelaskan beliau sangat gembira kembali ke United dan mengigatkan inilah sebab mengapa Old Trafford digelar sebagai Theater of Dream.

“Kembalinya saya ke Old Trafford hanyalah peringatan ringkas mengapa stadium ini dikenali sebagai Theater of Dreams. Bagi saya, ia selalu menjadi tempat yang ajaib di mana anda dapat mencapai semua yang anda fikirkan.”

“Bersama dengan semua rakan sepasukan saya dan dengan sokongan luar biasa yang selalu kami dapatkan dari tempat duduk, kami menghadapi jalan kehadapan dengan yakin dan optimis bahawa kita semua akan meraikannya pada akhirnya.”

Advertisements

“Saya bangga kembali ke Manchester United dan bermain di Liga Perdana Inggeris sekali lagi, dan sudah tentu saya gembira dapat membantu pasukan!”

Manchester United bakal bertemu Young Boys dalam saingan Liga juara-juara UEFA Rabu ini (15 September 2021) di Stadium Wankdorf dan Ronaldo dijangka diturunkan dalam perlawanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram