Ronnie Fernandez & Selangor Berpisah
MakanBola
Selangor FC

Penyerang berbisa Selangor, Ronnie Fernandez umum berpisah dengan naib juara Liga Super 2024-2025 itu.

Pengumuman perpisahan ini dibuat oleh penyerang kelahiran Chile menerusi sebuah hantaran dengan ucapan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran beliau bersama Selangor di musim ini.

”Terima kasih Selangor FC kerana izinkan saya menjadi sebahagian dari kisah anda, semoga berjaya selalu,” tulis Ronnie Fernandez.

Untuk rekod, Ronnie tiba di Selangor pada awal musim 2024-2025 dan telah melakukan 33 penampilan bersama The Red Giants dalam semua kejohanan selain mencetak 12 gol dan 3 bantuan jaringan.