Rozaimi Rahman Kembali Berbakti Buat Sabah
Transfer
Sabah FC
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan Sabah FC, Rozaimi Rahman membuat kepulangan bersama bekas pasukannya bagi saingan musim 2024/25.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini hanya beraksi buat pasukan Liga M4, Machan FC namun berjaya mempamerkan aksi yang cukup memukau.

Beliau berhasil meledak beberapa gol dan membawa pasukan ke tahap terbaik untuk bersaing dalam kancah liga.

Advertisements

Sebelum ini, bekas penyerang kebangsaan ini sudah menyatakan hasrat untuk kembali beraksi di Liga Super 2023 namun tidak memberi bayangan destinasi terbarunya.

Menerusi pengumuman rasmi oleh Sabah FC, Rozaimi akan menjadi tunjang baharu buat jentera serangan The Rhinos bagi musim baharu.

“Bagai sirih pulang ke gagang. Hasrat Rozaimi Abdul Rahman untuk menabur bakti bersama kelab negerinya iaitu Sabah FC akhirnya menjadi kenyataan apabila ditawarkan kontrak bermain untuk musim 2024/2025.”

Advertisements

Namun begitu, beliau hanya akan beraksi buat pasukan Piala MFL U23 Sabah untuk menggunakan pengalamannya dan membantu pasukan ke tahap lebih baik.

“Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Hj Wid bagaimana pun berkata Sabah FC dan Rozaimi mencapai kata sepakat apabila beliau hanya akan bermain dan berlatih bersama-sama pasukan MFL U23 Sabah FC.”

Menurut Joh, Sabah FC memanggil semula Rozaimi kerana beliau berpengalaman luas dalam bola sepak dan merupakan ikon yang dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda.

Advertisements

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Menandatangani Kontrak di pejabat Sabah FC di Kota Kinabalu.

Selain Rozaimi, Sabah juga turut mengumumkan beberapa individu lain seperti Johnny Dominicus (Ketia Jurulatih) dengan Vun Kit Ming dan Razlan Oto sebagai pembantu ketua jurulatih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram